
Bismillahirrahmanirahim
Kepada saudara saudara yang dikasihi sekalian;
Kini terhidang rahsia jalan kepada Allah SWT yang boleh dilalui sesiapa sahaja yang mempunyai keinginan untuk sampai kepada Allah SWT serta yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang suatu jalan yang membolehkan kita melihat Allah SWT Pencipta alam ini dengan mata hati.
Bagi yang berminat untuk menempuh jalan yang mulia ini dan bagi mereka yang ingin mengkaji dan memahami kehalusan ilmu tasawwuf dan thariqat, jangan lepaskan peluang untuk memiliki kitab yang bernilai ini iaitu AT-THARIQ ILALLAH hasil tulisan Tuan Haji Abdul Rahim Al-Hassaniyah. Beliau merupakan pembimbing kerohanian Thariqat Al-Hassaniyah dan juga merupakan pewaris kepada perintis dan pembawa kebenaran abad Ke 15 Hijriah iaitu Yang Mulia Tuan Guru Haji Ghulam Hassan Ali Akbar Al-Bikangi RA.
Segala rahsia thariqat yang ditulis di dalam kitab ini diperjelaskan dengan sangat mudah dan senang difahami. Jika saudara2 ada keraguan jangan teragak2 utk bertanya melalui web kami www.theoriginalpath.com atau email terus ke lightoftruth@theoriginalpath.com. Mudah2an kita dan ahli keluarga kita selamat dunia dan akhirat. Bahkan yang kita harapkan orang-orang bukan Islam akan berminat dan masuk agama islam..Aminnn.
Jika ada sesiapa yg berminat untuk memiliki kitab ini, boleh dapatkan di kedai-kedai buku atau hubungi nombor-nombor berikut:
Dr Dalhadi 013-8551521
Ustaz Hamid Salleh 017-3685493
Pn Nooraini 012-3175493
Pn Nor Rasyidah 019-2401425
Wassalam
SINOPSIS KITAB
Akibat fahaman anti-tasawuf dan thariqat menyebabkan jalan menuju kepada Allah SWT TELAH DIABAIKAN BAHKAN DILUPAKAN oleh majoriti umat Islam hari ini termasuk para alim ulama. Ini menyebabkan berkurangnya penunjuk jalan ke sana.
Bagi orang yang ingin menempuh jalan ini akan menghadapi dua masalah; pertama kurangnya penunjuk jalan tesebut dan kedua terdapat banyak tohmahan kononnya jalan ini adalah jalan yang merbahaya. Walapun demikian ia tidak seharunysa melemahkan semangat seseorang mendampingkan diri kepada Allah SWT. Hanya timbul persoalan:
Adakah lagi diantara umat manusia yang ingin menempuh jalan kepada Allah, Penciptanya?
Adakah masih lagi orang-orang yang ingin mendekatkan diri kepada Allah SWT, Pencipta Alam semesta ini?
Adakah ada diantra kita yang ingin menjadi pencinta Allah yang Maha Pemurah lagi Penyayang itu?
Kitab ini menghapuskan kesalafahaman serta kekeliruan terhdap ilmu tasawwuf dan thariqat. YMTG RA telah merintis jalannya sendiri kepada Allah SWT. Jalan ini diterangkan dengan terperinci dalam kitab ini dengan harapan agar menjadi panduan dan pedoman bagi siapa yang mempunyai keinginan tersebut di atas serta ingin mengetahui jalan ini. Miliki dan bacalah kandungannya moga2 akan menimbulkan minat terhadap jalan menuju kepada Allah jalan yang terbentang luas dihadapan.