Thursday, April 30, 2009

DVD Menyingkap Kebenaran Kurun ke 15 Hijriah oleh Tuan Haji Abdul Rahim Al-Hassaniyyah



Assalamualaikum wbt,

Disini saya sertakan pula DVD ke 2 oleh Tuan Haji Abdul Rahim. Ceramah ini secara total mengupas mengapa umat Islam hari ini ditindas dan dihina di mana-mana walaupun disebuah negara Islam sendiri.

Sekiranya anda berminat untuk mengetahui inti pati dvd ini, bolehlah melayari www.theoriginalpath.com. Anda boleh membaca teks ceramah ini di bawah tajuk TALKS & DVD.

Jika berminat untuk mendapatkan DVD ini yang sedang rancak diedarkan secara percuma, sila hubungi saya atau nombor-nombor berikut:

DR DALHADI (013-8551521)
USTAZ HAMID SALLEH (017-3685493)
PN NOORAINI (012-3175493)

Semoga Allah SWT merahmati anda semua

DVD Watikah Kebenaran Kurun Ke 15 Hijriah oleh Tuan Haji Abdul Rahim Al-Hassaniyyah



Assalamualaikum wbt,

Dengan penuh rasa kesyukuran ke hadrat Ilahi kami ingin memberitahu pengunjung blog ini, DVD ceramah oleh Tuan Haji Abdul Rahim Al-Hassaniyyah sekarang sedang diedarkan secara percuma kepada orang ramai.

Ceramah yang diadakan pada Maulidur Rasul baru-baru ini (12 Rabiulawal 1430H) antara lain mengupas dengan mendalam tentang persoalan2 berikut:

Kenapakah ada diantara umat Islam hari ini hidup mereka terumbang ambing jiwa mereka tidak tenang dan tenteram dilanda oleh berbagai-bagai penyakit jiwa sedangkan agama islam itu adalah agama yang membawa keselamatan, ketenangan serta kesejahteraan bagi pemeluknya?

Kenapakah ada diantara umat Islam hari ini sanggup menindas serta menzalimi umat Islam lain untuk mempertahankan pangkat, kedudukan, harta dan kekayaan mereka hingga hilanglah kasih sayang diantara mereka dan hilanglah perpaduan sejati dikalangan mereka sedangkan Allah dan rasulnya menganjurkan umat Islam berkasih sayang dan tolong menolong dan mengharamkan penzaliman dikalangan mereka

Kenapakah ada diantara umat Islam hari ini merasa terbeban dan seolah-olah terpaksa menunaikan kewajiban mereka yang lain seperti berpuasa dalam bulan ramadhan dan mengeluarkan zakat?


Persoalan-persoalan di atas adalah antara soalan yang sentiasa bermain di benak kita. Namun tidak pernah dijelaskan dengan panjang lebar serta tepat oleh mana-mana ulama pun. Inilah yang cuba diterangkan oleh Tuan Haji Abdul Rahim Al-Hassaniyyah kepada anda semua.

Sekiranya anda berminat untuk mengetahui inti pati dvd ini, bolehlah melayari www.theoriginalpath.com. Anda boleh membaca teks ceramah ini di bawah tajuk TALKS & DVD.

Jika berminat untuk mendapatkan DVD ini sila hubungi saya atau nombor-nombor berikut:

DR DALHADI (013-8551521)
USTAZ HAMID SALLEH (017-3685493)
PN NOORAINI (012-3175493)

Mudah-mudahan anda semua dirahmati Allah SWT