Tajuk :
Agama Allah Rahmat dan Penyelamat Bagi Seluruh Alam
Bahasa:
Bahasa Melayu
Mukasurat:
405Harga:
RM 40 senaskahSINOPSIS BUKU
Fitrah manusia inginkan kasih sayang dan belas kasihan …..
Ia inginkan kedamaian, ketenteraman dan kebahagiaan yang berpanjangan …
Ia inginkan keselamatan dan kesejahteraan …
Ia ingin mengetahui dan mengenal PenciptaNya demi mencapai kehampiran denganNya dengan harapan akan memperolehi kasih sayangNya …
Ia inginkan kejayaan dan kemenangan …
Ia inginkan keadilan, kesaksamaan dan keharmonian …
Ia inginkan kemajuan dan kemakmuran …
Untuk mencapai keinginan ini umat manusia telah mengambil berbagai-bagai langkah. Langkah yang difikirkan paling berkesan ialah dengan menubuhkan PBB. Beberapa agensi telah ditubuhkan dibawah payung PBB seperti UNICEF, Majlis Keselamatan, UNEF, WFC yang berperanan untuk mencapai tujuan tersebut. Agensi-agensi ini pula dibantu oleh organisasi-organisasi, para sukarelawan dan individu.
Persoalannya mengapa umat manusia masih menemui kegagalan untuk mencapai tujuan tersebut sedangkan segala kepakaran, kecanggihan teknologi moden serta usaha-usaha dalam menubuhkan badan yang lebih sistematik dalam mencapai tujuan tersebut telah digunapakai ?
Yang berlaku adalah disebaliknya iaitu penindasan, kekacauan, rusuhan, peperangan dan pertumpahan darah yang berterusan yang membawa kerosakan dan kemusnahan bukan sahaja terhadap jiwa umat manusia, harta benda bahkan kepada alam ini kerana wujudnya perasaan hasad dengki, dendam kesumat, benci-membenci, musuh-memusuhi dan sifat tamak halobah di kalangan umat manusia yang menyebabkan hilangnya kasih sayang bukan sahaja di antara manusia dengan manusia bahkan juga dengan makhluk-makhluk lain. Ini juga membawa kepada timbulnya berbagai bencana alam seperti banjir, kemarau, letupan gunung berapi dan penyakit ganjil lagi luar biasa.
Apa yang diharap oleh umat manusia selalu tidak menjadi kenyataan. Ini sekaligus menunjukkan kelemahan manusia itu sendiri.
Kitab ini lahir untuk merealisasikan keinginan tersebut. Baca dan renungkanlah isi kandungan kitab ini keseluruhannya !!